This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Friday, March 18, 2011

PROFESSOR L.R.N IV

Rumah agam tiga tingkat itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran sepupu-sepupunya.Senyuman manis diukir sepanjang masa.Bukan sebab sepupunya datang ke mari,tapi sebab kejadian pada pagi tadi..yang mungkin tidak akan dilupakan Nakhaie!

“Oit,Nakhaie!”

Sapa sepupunya sambil menyiku Nakhaie.Dia tidak memberi sebarang tindak balas,hanya senyum memanjang.

“Professor L.R.N!”

Nakhaie berpaling.Sepupunya gelak sendirian.

“Hey!Kan aku dah kata dulu,orang yang sukakan aku dan aku sukakan dia juga hanya boleh panggil aku dengan panggilan itu..”

Nakhaie membuat muka selambanya.Seperti tidak mahu melayan pemilik nama Suhaimi Husain itu.

“Baiklah,baiklah!Tapi,kau cakap dua tahun yang lepas dan tak ulang-ulang,adalah peluang untuk aku lupa!Tapi,nasib baik aku masih simpan kata-kata kau tu,jejaka idaman!”

Katanya lalu meninggalkan Nakhaie keseorang di beranda rumah.Dia hanya mengekori Suhaimi dengan ekor mata.Dan tanpa disedari,ada mata-mata yang sedang asyik memerhatikannya.

‘Nakhaie!!’

Satu demi satu langkah diatur menuju ke jasad idamannya itu.Jantungnya berdegup kencang apabila melihat sinaran mata menggoda itu.

“Erm,Nakhaie!”

Nakhaie berpaling.Dengan segera dia berlari ke arah biliknya lalu mengunci pintu.Alangkah terkejutnya gadis itu melihat tindakan Nakhaie.

“Nakhaie!!”

Pekiknya.

“Fuhh!Nasib baik aku sempat lari dari penipu besar tu!Kalau tak…..eiuuuu!”

Nakhaie menghempaskan dirinya ke atas katil.Dia mengingat kembali peristiwa 2 tahun yang lalu.Lutfir Rahman Nakhaie dan Nurin Darwisya.Eiuuu!Menyeramkan…

FLASHBACK…….

Puan Maznah dan Encik Zawi memimpin tangan Nakhaie menuju ke rumah banglo dua tingkat itu.Anak lelaki itu hanya menurut.Tiada bantahan.Kelihatan Nurin sedang melambai-lambai ke arahnya.Nakhaie mengendahkannya.

“Cik Ma!Pak Za!Apa khabar?”

Tanya Nurin dengan lembut.Puan Maznah dan suaminya tersenyum.

“Alhamdullilah,kami sihat.”

Nakhaie buat muka selambanya lagi.Nurin melihatnya dengan tajam.

“Nakhaie,jom pergi ke taman permainan..kita main sama-sama..”

Belum sempat dia menjawab,lengan bajunya ditarik Nurin dengan kasar.Orang tuanya hanya melihat sambil tersenyum.

Langkah diatur laju menuju ke destinasi.Nakhaie hanya membiarkan dirinya diperlaku begitu.

Setibanya di sana..,

“Nakhaie”

Anak gadis itu tersenyum.Nakhaie mengerutkan dahinya.Tiba-tiba,Nurin merapatkan kepala Nakhaie dengannya dan……..

“Aaaaa!!”

Dia berlari sepantas mungkin ke rumah atuk dan neneknya.Nurin ketawa terbahak-bahak.
Nakhaie menggosok bibirnya berkali-kali.Eiuu,disgusting!!Kissing with my own cousin??Eiuu!!!

Pintu rumah diketuk bertalu-talu.Mahu pintu itu pecah dibuatnya!

“Ya,Nakhaie!Kenapa??”

Nakhaie memeluk ibunya.Puan Maznah dan ahli keluarga mereka yang lain kehairanan.

“Nurin..Nurin………”

Panjang umur!Nurin seperti mempunyai kuasa ajaib!Dengan pantasnya dia menghayun langkah mengekori Nakhaie dan tiba-tiba muncul di belakangnya.Nakhaie berpaling ke belakang dengan pandangan yang jelas menunjukkan keseraman dirinya!

“Nakhaie dikejar rama-rama tadi,agaknya dia sensitif dengan rama-rama…jom Nakhaie,pergi main LAGI..saya suka sangat main dengan awak!”

Ouch!Kecil-kecil lagi dah ada nafsu,dia belajar kat mana ya?Aku pun nak join,esh,ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

Arghhhh!Seram bila fikirkan kenangan tu……

Nakhaie menggelengkan kepalanya.

‘Baik aku fikirkan budak perempuan yang aku langgar tadi…hah..,mana gelang yang dia jatuhkan tadi ya??!’

Dia meraba-raba poket seluarnya.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

No comments:

Post a Comment