This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Friday, March 18, 2011

PROFESSOR L.R.N III

Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa sudah dipenuhi ibu bapa dan pelajar pada jam 7.00 pagi.Trafik mulai jam.Awan kelihatan mendung pada pagi itu.Semendung jiwa Nakhaie.

“Woi,Nakhaie!Kenapa dengan kau ni?”

Nakhaie berpaling.Jelas kelihatan wajah rakan baiknya,Amri.Dia menarik muncung.Amri mula menilik muka tampan itu.Dia mula berimaginasi;ada panahan petir dalam mata yang bundar itu,awan gelap mengekori ekor matanya itu,sungguh dasyat perasaan Nakhaie!!Detik hatinya..

“Aku serabut dengan surat-surat cinta monkey yang ada dalam kotak rahsia tu,bencilah!”

Jawabnya lalu pergi.Amri hanya melihat rakannya itu.
Nakhaie mengatur langkah dengan laju menuju ke kelas.Dia menundukkan wajahnya.Dan…

BEDEBUKK!

Buku-buku yang mulanya dipegang erat bertaburan di atas lantai simen itu.Kedengaranlah omelan yang dibawa suara yang merdu itu.Mata Nakhaie terpaku pada wajah ayu itu.

“Aduh!Hey,mata ada tak?!”

Tanya gadis itu dengan kasar sekali.Nakhaie langsung tidak terasa malah dia tersenyum lebar.

“Hey!Kenapa senyum?”

Soalnya sekali lagi.Nakhaie menggelengkan kepalanya berkali-kali.

“Jangan main-main dengan saya,ya!”

Lantas gadis itu beredar membawa tubuhnya yang tinggi lampai itu.Sungguh cantik,kata hati Nakhaie.Gadis itulah pelajar perempuan yang pertama dipujinya di SKBS.
Dengan serta merta Nakhaie dibaluti cinta buat kali pertamanya!Kalau peminat-peminatnya yang lain tahu,sudah pasti pelajar perempuan itu dimusuhi mereka.Bayangkanlah,hampir semua pelajar puteri di sekolah itu jatuh cinta pada Nakhaie,dan dia langsung tidak hiraukan mereka semua itu,dan tiba-tiba ada satu khabar mengatakan pelajar lelaki yang paling tampan di sekolah ini telah jatuh cinta dengan seorang puteri SKBS!!!Dan puteri itu MUNGKIN tidak termasuk dalam senarai peminat-peminatnya.

‘She will,someday!’

Nakhaie mengukirkan senyuman yang paling manis sepanjang langkahnya ke kelas.Ramai yang kehairanan dengan tingkah lakunya.Amri yang membuntutinya mencuit bahu Nakhaie itu.Deras dia berpaling.

“Aku peninglah dengan kau ni,Nakhaie!Kejap sedih,monyok..kejap gembira,sengih-sengih!Cuba kau cerita..”

Kata Amri.Nakhaie tidak melayannya malah dengan selamba menepis tangan Amri lalu masuk ke kelas.Terlopong mulut rakan baiknya itu.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

No comments:

Post a Comment