This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Friday, April 29, 2011

PROFESSOR L.R.N XI

13 tahun sudah berlalu…

Semakin banyak populasi manusia,semakin banyak ragam menjelma.Semakin dewasa Si Tampan,semakin kerap Si Cantik diumpan.Si Tampan tu confirmlah Nakhaie,Si Cantik tu pun confirm Umairah!Sejak beberapa tahun dahulu lagi,sampai sekarang Nakhaie tak lepaskan anak bongsu usahawan terkenal itu.Setiap hari hidup Umairah ditemani sejambak bunga ros.Bunga-bunga itu pula mempunyai pasangan masing-masing,iaitu satu kotak Cadbury.

“Cik Umairah,ada kiriman lagi daripada secret admire Cik..”

Umairah mengurut kepalanya.Haissh,serabut aku!Rosaklah gigi aku nanti,asyik-asyik makan makanan manis,tapi,sapa suruh aku makan?Hoho!Merapulah aku ni!

“Thanks,yaw!”

Assistantnya hanya mengangguk.Langkah diatur menuju ke pejabat sambil menjinjing beg tangannya yang terselit bunga ros dan Cadbury itu.

‘Mari kita baca surat hari ini..’

Sekeping kad berwarna biru itu dicapainya.
Assalamualaikum,permaisuri yang dicari..harap sihat sentiasa!Always be there for you,my sweetheart!

Ek eleh,my sweetheartlah konon!Kau ingat aku terima engkau ke,Mat Nakhaie?!Umairah menyimpan hadiah-hadiah tersebut di dalam laci yang tertera perkataan My Love.

‘My love?!..haha..’

Entah mengapa hatinya meletakkan panggilan itu pada laci yang mempunyai kesemua hadiah yang dikirim Nakhaie.MUNGKIN dia sudah dapat menerima cinta Nakhaie.MUNGKIN je!

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

MINE...

Salam!

Da lme Mia x post MINE ngan MY LIFE an??hehe...Mia da busy skung..

Mia cumer nk post,sal kazen Hajar n Aisyah,hehe...spe lgi,PROF L.R.N la!Dye da bnyk brubah..skung niem dye jrg on9,confirm study kt umah!bgslah,hope the best for him!:)
Bnyk sgt bdk p0mpuan yg mnt dye,arap dye still fokus lar..hehe..although maybe dye da lupe sye,sye x lupe dye...sye x lupe dye...:)..biarlah!Ader bdk p0mpuan niem kte,dye da beser ngan geng2 p0mpuan...mner ammar yg sye kenal dulu?ammar yg ske mgelak dripada pompuan?mner ammar yg dulu?yg slalu tgur sye?mner ammar yg dulu??????I just want the old back......I wish I've him again...wuishh!ape yg aku mrapu niem???hehe..
Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

Wednesday, April 27, 2011

PROFESSOR L.R.N X

KRING!!KRING!!

Masa untuk pulang!Kawasan pagar hadapan SKBS mula dibanjiri para pelajar.Umairah sedang asyik berbual dengan rakannya.Nakhaie pula hanya tunduk di samping Nurin.

“Ehemm…”


Wajah tampannya mula diangkat dengan perlahan.Kelihatan Nurin sedang melihatnya dengan pandangan sayu.S-A-Y-U??!Kalau renung elok-elok,tak lah jahat sangat Nurin ni.

“Nurin mengaku kalahlah..Nurin tak nak kacau Umairah dengan Nakhaie..”

Langkahnya terhenti.Nakhaie menampar-nampar pipinya.Matanya membulat.Breathe in,breathe out,huhhh!Betul ke apa yang aku dengar tadi?

“Apa?!”

Nurin mula membuat muka menyampah.Orang cakap,bukannya nak dengar elok-elok,hampeh!


“I said...Nurin tak nak ganggu Nakhaie!Stop,okay?!Huhh..”

Wohoaa!Inilah peluang keemasan!Eh,wait...Nurin kacau ke,tak kacau ke,macamlah Umairah layan aku...ho..ho..ho!Nakhaie kembali tunduk.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

Tuesday, April 26, 2011

PROFESSOR L.R.N IX

“Nakhaie…”

Dia tidak menjawab.

“Nakhaie…”

300 x 50 + (35/5)=15007

“Nakhaie…”
“Kau nak apa,Nurin?!”

Dia menarik muncung.Nakhaie hanya merenungnya dengan penuh kebencian.Macam mana aku boleh sesekolah dengan sepupu aku ni?!Dah lah sesekolah,sekelas pula tu!!!Arghhh!!!

Nurin menghulurkan sekeping kad berbentuk hati kepadanya.Nakhaie membulatkan matanya.

“Ambillah…”

Kad itu didekatkan dengan tangan kanan Nakhaie.Dia tersenyum tanda mengharapkan sepupunya itu membaca isi kad itu.

“Aku buka dan baca,okay…”

Nakhaie,Nurin sayang Nakhaie………biarpun Nurin sepupu Nakhaie,tapi,kita tetap boleh kahwin kan??

Hahahahaha!!!!!Semua pelajar kelas 5 Bestari tersentak dengan gelakkannya yang kuat itu.Dipegang perutnya dengan kemas sambil gelak,gelak dan gelak.Nurin mencebik.

“Weh,minah!”

Peha Nurin dipukul.Ouch!

“Aku tak minat engkau lah!Aku tak minat penipu macam kau!Aku tak suka orang yang suka sangat bermanja,terkedek-kedek macam budak terencat akal!”

Nurin menekup mulutnya.Dadanya dipegang.Tarik nafas,hembus!Huhh!

“Eh,sorry sikit eh,tu bukan sifat-sifat Nurin Darwisya!”

Dia membuat gaya gediknya.Tubuhnya dipeluk dengan tangan-tangan berbalut kulit yang putih gebu itu.

“Weh,senget!Bagi aku..,kau lah,Nurin Darwisya Binti Yusof,budak perempuan yang paling menyakitkan jiwa dan raga!Macam mana aku boleh ada sepupu macam kau?!Eiuu!”

What the facebook ????!!!!!!!!Arghhh!Muka Nurin mula merah.Bibirnya digigit semahu-mahunya.

“Hey!Watch your mouth,creep! ”

Balasnya.Kelihatan sudah ada pelajar yang menjual popcorn untuk penonton-penonton drama siaran langsung ini.Tajuknya-Nakhaie hates his cousin,Nurin!

“Woi!Kau tu yang patut ‘tengok’ mulut sendiri!Harap muka cantik,perangai..eeee!Takut I!”

Sindirnya lagi.Muka sepupunya itu semakin merah menahan marah.

“Habis tu,Nakhaie suka perempuan yang macam mana?!”

Wow!Ada keberanian betul tanya soalan macam tu.Terkejut Nakhaie!Dia menundukkan wajahnya.Nak jawab ke,tak……..

“Erm……macam…macam…”

Ah!Terus terang jelah!

“Nakhaie suka Umairah Mansyudah!!!”

Ha?!Nakhaie suka tokoh SKBS?

Nurin mengangkat kening kanannya.

“Siapa Umairah tu?”
“P..P..Pengawas pagi tadi……”

Jujur Nakhaie walaupun perit kerana MALU,keh keh.Rakan-rakannya mendekati jejaka idaman itu.Semakin tunduk Nakhaie apabila didekati ramai.Amri orang pertama yang…….

“Nakhaie……kau suka……tokoh kita??!”

Perlahan-lahan dia mengangguk.Pelajar-pelajar puteri yang menangkap keterangan putera 
idamannya tadi menekup mulut masing-masing termasuk Nurin.

“Na..Nakhaie…….”

Amri terduduk.Nakhaie loves Umairah?Memang mereka sepadan!Nakhaie tu kacak,Umairah tu cantik.Sama-sama cerdik dan baik pula tu!Tapi,kan ramai orang minat Nakhaie,berani dia buat kenyataan depan orang ramai!Umairah pun apa kurangnya,ramai jugak peminat,termasuk aku!Huhu!

Tanpa banyak cakap,Nakhaie terus mengatur langkah ke luar.Mungkin mahu melawat tandas.Nurin hanya membatu.

Melihatkan kelas 5 Bestari itu sedikit kecoh,Umairah menjenguk ke luar kelas.Nasib baik cikgu masa tu merajinkan diri untuk tak masuk kelas dia.Mungkin ada hal.

‘Kenduri apa pulak kat 5 Bes tu?!Hishh…annoying!’

Langkah dibuka menuju ke kelas itu.Sedari kehadiran Umairah,semua pelajar kelas 5 Bes itu duduk di tempat masing-masing dan pura-pura membaca buku.Nak tipu tu biarlah betul,semua baca buku,tak ada cikgu,tak ada arahan,tetiba rajin nak baca buku!Hishh!

“Apahal kecoh-kecoh tadi?”

Dia membuka suasana bising kembali.Nurin merenungnya dengan geram.Lantas dia berdiri menghadap pengawas puteri itu.Grrrr!

“You think you are good enough?! Nakhaie akan jatuh ke tangan aku jugak nanti!Tengoklah!”
‘Apa yang minah jalanan ni bebelkan,ya?Lantak pilah!’

Umairah mengendahkan ‘amaran’ Nurin.Lantas pengawas puteri itu memberi arahan kepada warga 5 Bes supaya diam dan teruskan penipuan mereka dengan membaca buku.Kemudian,dia berlalu pergi dan sebelum itu sempat juga dia melanggar bahu Nurin.Muahahaha!Nurin hanya melihat dengan geram.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

Friday, April 8, 2011

PROFESSOR L.R.N VIII

Umairah hanya mendiamkan diri di dalam Alphard Sopiq.Abang sulungnya itu asyik memerhatikannya melalui cermin.Haha,comelnya adik aku bila marah!

“Maira..”

Dia menjeling.

“Maira..”

Dia bercekak pinggang.

“Maira..”

Dia mengasah kapak.

“Maira..”
“Sopiq!!!!!!!!!”

Wow!Hampir terbalik kereta Alphard itu dibuatnya.Sopiq ketawa terbahak-bahak!Memang hobinya menyakat Umairah,his only sister.

“Dahlah tu!Umairah nak turun!I’m out of this silly drama!”

Dia menghempas pintu kereta itu dengan perasaan marah.Sopiq masih lagi ketawa.

Gadis itu mengatur langkah menuju ke kelas 6 Bestari.Cuaca pada hari itu mendung.Tak lama lagi pasti hujan akan turun,getus hatinya.Beg berjenama Givi itu diletakkan baik-baik di atas kerusi.Sudah jam 7.00 pagi.

‘Pengawas pun datang lewat..’

Ucapnya.Kelihatan rakan baiknya,Ansya,sedang terkedek-kedek menuju ke  kelas mereka.Umairah tertawa melihat geraknya.

“Ansya Dirwina!Apa khabar?!”

Tanya Umairah.Ansya menarik nafas panjang.Huhh!

“ALHAMDULLILAH!Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T!Ansya sihat..”

Jawabnya lalu membuka langkah meninggalkan Umairah sendirian.Sengaja mahu menegur gadis genit itu,nak bagi dia letih SIKIT!Dari aras satu sampai aras tiga bawa beg besar tu!Gadis nakal itu tergelak.Akhirnya,boleh juga gelak dengan ikhlas tanpa Sopiq!

“Nakhaie!Tunggu!”

Dia merengus kasar.Serabut!Nurin pula sedang berlari ke arahnya.Dah lah tak pakai tudung,darjah 5 pula tu!Nakhaie membuat muka menyampah.Tepuk,tepuk menyampah…CLAP-CLAP..menyampah!CLAP-CLAP,menyampah!

“Letih Nurin kejar Nakhaie..tunggulah…”

Genggaman tangan sepupunya itu dilepas.Nurin tersentak.Nakhaie hanya membatu,tidak bersuara.Nur Sofiya yang kebetulan lalu lalang di kawasan dataran sekolah itu TERtonton drama itu tanpa disedari.Mula-mula Nur Sofiya,lepas tu kawannya,Laila,then Aishah.Semakin lama semakin ramai pelajar perempuan mempunyai nafsu untuk membunuh Nurin yang sedang bermanja dengan Nakhaie.Itu mujur pelajar lelaki idaman mereka itu tidak melayan kerenah Nurin,peminat-peminatnya masih lagi dapat bersabar.Kalau dilayan..,selamat tinggal Nurin!

“Woi!Yang korang buat sekatan jalan sekolah ni apahal?Nak rasa hangus sekali ke?”

Umairah bercekak pinggang.Pelajar-pelajar itu pun segera mengatur langkah menuju ke kelas masing-masing.Nakhaie dan Nurin masih lagi berada di posisi mereka.Jelingan maut diberi.Umairah memberi petanda kepada mereka untuk masuk ke kelas.Nurin hanya menjeling.Nakhaie pula dari tadi lagi tersenyum lebar.

“Masuk kelas!You!Budak baru!Jangan nak kurang ajar!Nakhaie!Masuk kelas!”

Arahannya jelas dan kuat kedengaran.Hampir satu sekolah mendengarnya.Nakhaie pun mengatur langkahnya untuk akur akan arahan pengawas puteri itu tapi..

“Jangan pergi……”

Nurin menariknya.Ugh!Menyampah aku!

 “Nurin!Awak budak baru di SKBS ni!Janganlah nak kurang ajar sangat!Lepas!”

Dia menepis kuat tangan Nurin.Terlopong mulut puteri itu.Matanya hanya mengekori langkah-langkah Nakhaie ke kelas tapi jasadnya keras membatu.Dia menarik muncung yang terlampau.

‘Berani kau ya,Nakhaie?!!!’

Nurin pun membawa dirinya pergi.Sempat juga dia menjeling ke arah pengawas puteri yang garang itu.Umairah hanya menggeleng.Budak baru,dah buat hal!Dasar A-L-I-E-N!

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!