This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Tuesday, June 7, 2011

MINE

Trharu ngan Aneeq!Kes mamat ni rindu aku separuh mau-ut !hehe
Happy ngan Prince!Kes dye ni klakar!:D
Agk sedih ngan Prof LRN,kes......xpe la !
Syg SABRINA!dye snggp bce citer sye !Thanks my bestfriend!!!!!
Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

PROFESSOR L.R.N XIV

Setelah menghalau semua tetamu keluar,dia melepaskan lelahnya di atas sofa panjang itu.Segaris senyuman terbit.Mulalah lakonannya sebagai orang gila;tersenyum sendirian,bercakap dengan diri sendiri.

“Hahh…,tak boleh tidur aku malam ni!”
Lantai ruang tamu rumah agam itu dipijak-pijaknya mengikut rentak lagu yang dipasang.Tanpa disedari,Puan Maznah mengintainya dari dapur.

‘Waduh,waduh!Agaknya anak aku ni kena sawan……MasyaALLAH!’

TIK,TOK,TIK,TOK!

Sudah jam 10.30 malam.Nakhaie masih lagi dengan pentas imaginasinya yang nampak gayanya indah semacam.Ada juga yang ditarik untuk menyertai anak teruna itu.

TIK,TOK,TIK,TOK!

Sejam sudah berlalu,bayangnya tidak lagi kelihatan di ruang tamu,tapi,lebih parah!

“Oo,Umairah!!!I Love you!!”

Laungnya.Hampir satu rumah dengar.Dahsyat,dahsyat!

“Hahh!Puas aku!!”

Nakhaie terduduk di atas rumput-rumput yang basah akibat embun malam.Senyumannya tidak pernah hilang,malah makin lebar.Langit gelap yang diserikan dengan cahaya bulan dan bintang-bintang itu direnungnya.

‘Umairah……esok aku nak bagi bunga ros putih dan satu kotak Cadbury kat dia!Hehe..my love,just wait for me!’

Hebat sungguh penangan Si Umairah Mansyudah ini!Jejaka yang setampan Nakhaie,yang sematang Nakhaie ini,boleh jadi tak tentu arah akibat…erm..akibat…akibat apa ek?Kalau renungan,mana pernah Umairah renung Nakhaie..jelingan?Pun mana pernah Umairah jeling kat Nakhaie…hurmm…jom tanya Nakhaie!

‘Semua sifatmu menjadikan aku gila!Setiap langkahmu membuatkan jantungku berdegup dengan kencang…!Setiap kehadiranmu,menjadikan aku….arghhh!’

Memang sohih!Memang sohih Nakhaie tergila-gilakan Umairah!

“Ehemm..”

Ada yang join Nakhaie nampaknya.Wow!Puan Maznah dah masuk campur!Get ready,birthday boy!

Nakhaie hanya senyum.Suasana menjadi sunyi seketika.Puan Maznah melabuhkan punggungnya di atas rumput-rumput itu.Nakhaie hanya menurut langkahnya.Wajah anak terunanya itu di direnungnya.Rambut yang sedikit keperangan itu diusapnya lembut.Hah,rasa macam budak-budaklah pula,getus hati Nakhaie.

“Mak dengar kamu menjerit tadi…”

Hehe…Nakhaie masih lagi dengan senyumannya.Suara jejaka itu tidak lagi kedengaran bertempik seperti tadi.

“Who is Umairah?”

Mak aii..

“Erm..hehe…”

Tak terjawab soalan itu.Hanya senyum memanjang pada malam itu.Puan Maznah boleh mengagak di mana letaknya gadis yang bernama Umairah itu di hati anak terunanya.

“Jawablah…hehe..”

Peha Nakhaie digosok lembut.Kemudian,PANGG!Satu tamparan hebat singgah di peha Nakhaie.

“Adoiii…sakitlah mak,kalau nak suruh orang jawab tu,janganlah pukul peha orang…
hoho…”
”Terus-teranglah……Nakhaie suka diakan?”

Terbatuk Nakhaie mendengarnya.Baik mak tak yah tanya,mak sendiri dah tahu jawapannya.

“I..I…Iya…mak…”

Wajah tampannya dibalut dengan bahagian bawah T-Shirtnya,tanda MALU!

“Nakhaie dah besar…24 tahun…dah bekerja..dah ada kereta…,awek?”

Dia tertunduk.Fuhh,power gak mak aku ni.Puan Maznah tergelak sendirian melihat gerak geri anaknya itu.

“Nanti kita masuk meminang Umairah ya..”

Terlopong mulut Nakhaie mendengarnya.Orang tak cakap apa-apa,dia dah nak pergi masuk meminang.Memang mak ni understandinglah!

“Beres mak!Wohoaa!”

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

PROFESSOR L.R.N XIII

Dia hanya meneruskan pemanduannya.Sudah lewat malam.Solat Asar,Maghrib dan Isyak disempurnakan di rumah Encik Zawi.Biarpun segan,tapi,demi cinta terhadap ALLAH S.W.T,tumpang sahaja!Bukan dua beradik itu sahaja yang menumpang solat di rumah agam itu,tetamu yang lain juga turut menumpang.Encik Zawi sekeluarga juga turut mendapat kebaikkan.Mereka semua boleh mendapat pahala solat berjemaah bersama-sama.

“Nakhaie tu kawan Umairah ya?”

Soalannya mengejutkan Umairah yang hampir terlelap itu.

“A’ah..”

Seperti biasa,jawapannya sentiasa ringkas dalam hal yang tidak beberapa NAK penting baginya.

“Oo..”

Sopiq mengangguk.Adiknya itu kelihatan letih.Manalah tidak,buas sangat tadi.Orang suruh duduk diam-diam,dia pergi main PS2 dengan jiran sebelah Nakhaie tu.Orang suruh minum segelas air oren JE,dia pergi teguk satu baldi.Macam-macamlah.

‘Umairah…Umairah……kamu dah 25 tahun,dah besar panjang..kamu tak punya pilihan hati lagi ke??Hurmm..’

Kesian Sopiq.Dahulukan adiknya daripada diri sendiri.Setelah ibu bapa mereka bercerai,dialah yang banyak uruskan Umairah.Ayahnya sudah menghilangkan diri,sampai sekarang tak dengar berita tentangnya.Beliau hanya menyerahkan syarikat produk kecantikkan di tengah-tengah ibu kota itu kepada Umairah,Sopiq pula tidak diberi apa-apa.Ibunya pula berada di Australia,mungkin ingin menenangkan diri.Dengar khabar,ibunya itu sudah bernikah dengan mat salleh sebelah kepada sebelah rumah jiran dia.

‘Hurmm,aku pun dah mampu tanggung Umairah,tak mengapalah..”

Hatinya mula bersuara.Kelihatan Umairah sudah selamat tiba di alam mimpi.Entah indah atau ngeri,hehe.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

Monday, June 6, 2011

PROFESSOR L.R.N XII

Kedai bunga itu hampir dibolot oleh Nakhaie.Manalah tidak,setiap hari 10 jambak bunga ros dilanggannya. 4 jambak untuk ibu tersayang,4 jambak lagi untuk ayah yang masih lagi gagah bekerja,sejambak untuk Amri dan sejambak lagi untuk cinta.Hehe..

“Kau ni memang kayalah,Nakhaie..”

Dia hanya mengukir senyuman.Penjual bunga yang juga jirannya itu hanya menggeleng.

“Alhamdullilah…ALLAH bagi kami rezeki..”

Ucapnya dnegan nada gembira.Satu kotak bunga ros itu dipeluknya erat kemudian beredar.Dipandunya kereta Viva berwarna hitam itu dengan cermat.

“Umairah!!”

Gadis itu segera berpaling.Kelihatan Sopiq sedang berlari ke arahnya.

“Nak ikut Sopiq pergi majlis hari lahir anak bos Sopiq tak?”

Tanyanya sambil tercungap-cungap.

“Okay..”

Jawabnya ringkas lalu membawa jasadnya itu ke dapur rumah.Peti ais jenama Panasonic itu dibelek.Tak ada makanan yang sedap-sedap,bosannya!

‘Nasib baik ada majlis hari lahir anak bos Sopiq nanti..mesti ada makanan yang superb!Fuhh!’

Umairah senyum sendirian membayangkan juadah-juadah yang bakal disantapnya nanti.Slurpp!

“Happy birthday to,you!Happy birthday to you…”

Suasana di rumah agam itu dimeriahkan dengan nyanyian tetamu-tetamu yang hadir.Umairah hanya mengunci mulutnya dari tadi lagi.Sopiq pula sedang bertepuk tampar dengan birthday boy.Menyampah aku!

‘Huh!Kalau aku tahu mamat senget ni punya majlis,tak akan aku sanggup cipta sejarah datang ke rumah ni!’

Gerutunya.Ya,tak akan pernah gadis jelita ini mencipta sejarah dengan menjelmakan diri di rumah agam itu jika dia tahu hari lahir siapa yang disambut.

Nakhaie melihatnya sekilas.Takut kalau direnung lama-lama,abangnya ada di sisi selalu.

“Umairah!Marilah berkenalan dengan birthday boy ni!”

Ajak Sopiq.Umairah hanya mengendahkannya.Aku memang dah kenal,tak yahlah berkali-kali berkenalan dengan mamat tu!

Nakhaie mengharapkan langkah Umairah diatur menuju ke arahnya.Jantungnya berdegup dengan kencang.Come Umairah,please!

“Umairah adik abang,marilah..”

Sekali lagi Sopiq menyuarakan permintaannya.Umairah hanya menjeling.

“Umairah Mansyudah!”

Kali ini Sopiq mengaku kalah.Bukan adiknya yang memulakan langkah,tapi dia yang mulakan dahulu.Lengan Umairah segera ditariknya.Kaki gadis itu masih lagi tidak berganjak.

“Umairah,janganlah macam ni…dia tu anak bos Sopiq…tolonglah!”

Pujuk rayu abang sulungnya itu dipandang kosong.Kepalanya memang keras dalam soal Nakhaie.

“Umairah kan baik..”

Umpannya.Hah,sekeras-keras anak gadis itu,dalamnya lembut sebenarnya.Kepalanya pun diangguk tanda menurut perintah Sopiq.Abangnya itu tersenyum keriangan seperti kanak-kanak Ribena.Kaki-kakinya pun diarah bergerak menuju ke sofa yang dibolot oleh birthday boy itu.Melihatkan itu,Nakhaie mengukir senyuman.

“Inilah adik saya..,Umairah,kenalkan diri..”

Gadis itu membuat muka seposen.Selamba seyh!

“Assalamualaikum..”

Salam diberi sebagai pembuka bicara.

“Waalaikumussalam,manis..”

Bluekk!

“Just call me Mansyudah…I know you,Nakhaie..”

Sopiq membulatkan matanya.Agak kurang ajaran adik aku ni..

“Umairah…”
“Okay!Saya Umairah Mansyudah Binti Nur Ammar…saya kenal awak,bekas pelajar SKBS,bekas pelajar MCKK!”

Hehe,.Nakhaie tersenyum lebar.Umairah comel!

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!