This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Sunday, January 2, 2011

Life...

Selepas aku sekeluarga selesai makan tengah hari,ibuku menyuruh anak gadisnya ini untuk pergi ke rumah moyangku.Tujuannya untuk bertanya kepada lelaki tua itu apakah dia sudah makan atau belum?Aku hanya menurut.Langkahku diatur dengan pantas.

Setibanya aku di rumah kayu itu,kelihatan sekujur tubuh kurus itu sedang duduk di atas kerusi malas.'Kasihan orang tua ini',getus hatiku.Kakiku memijak lantai rumahnya.Kemudian dia bersuara.Ucapannya kurang jelas.Agaknya dia mahukan air.Aku mencapai botol air berwarna putih itu lalu bertanya,'tokki makan tak lagi?'Mungkin dia kurang dengar pertanyaanku.Dia hanya mendiamkan diri.Aku pula seperti biasa dengan muka selambaku.Hidungku ditutup sedikit kerana bau rumahnya yang kurang menyenangkan.Kalau boleh aku mahu cepat-cepat beredar dari situ.Tapi,aku juga berperikemanusiaan,taklah kejam sangat.Kemudian dia bersuara.Dia menuruh aku menutup pintu rumahnya,mungkin kerana silau.Aku menurut.

Salam diberi.Kedengaran suara keibuaan itu menjawab salamku dengan lembut.Aku menyerahkan botol air itu kepada ibuku.'Nanti kakak hantar,ya',pinta ibuku.'Urghh..'Bukan aku malas,tapi aku tidak tahan dengan bau rumah moyangku itu.'Apa salahnya...pergi jelah',aku bersuara dalam hati.'Oklah,mama,biar kakak berkhidmat!'Ucapku dengan ikhlas.Ibuku tersenyum.'Ya,biarlah kakak berkhidmat,tolong tokki..nanti kakak pergi sekolah jauh,mana tahu..kot-kot kakak tak sempat jumpa tokki nanti'.Ya,kata-kata ibuku itu memang benar.Sebak aku mendengarnya.

Aku mencapai botol air berwarna putih itu lalu mengatur langkah ke rumah moyangku.Aku sayangkan tokki.Sangat-sangat sayang.
Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

9 comments: