“Nakhaie!”
Dia membuka mata bundarnya itu.Malasnya!
“Nakhaie..Amri nak jumpa kamu…”
Sebaik sahaja mendengar nama sahabatnya itu,dia terus mengatur langkah menuju ke anak-anak tangga.
“Amri!Sorry,aku tidur lewat semalam!”
Dia tersentak mendengar teguran Nakhaie.Lantas senyuman diukir.Nakhaie mengambil tempat di hadapannya.
“Maklumat tentang Umairah…”
Nakhaie menghulurkan tangannya di hadapan wajah Amri.Amboi,amboi..lagak boss ya,siap engkau!
Amri mengendahkan permintaan Nakhaie.Dia membuat muka seposen.
“Amri,ok..ok..maaf!Amri ku sayang,I nak maklumat Umairah,please?”
Amri membuat gaya ingin muntah.Loya tekak aku mendengar!!!
“Baiklah,kau salin…”
Nakhaie tersenyum.Lantas dia mengeluarkan sebatang pen dan sehelai kertas nota.Aku memang dah agak dia akan suruh aku salin,dasar pemalas!Gerutu Nakhaie.Dia pun mula menyalin maklumat gadis IDAMANNYA satu persatu daripada mulut Amri.
“Maira…”
Umairah menepis tangannya.
“Maira…”
Gadis itu membuat muka bosan.Dia menongkat dagu.
“Maira…”
“Jangan panggil saya Maira..!Panggil Umairah!Huhh!!”
Dia meninggalkan Sopiq sendirian di ruang tamu.Jejaka itu tergelak.
‘Adik aku yang manja…hah..’
Umairah mengatur langkah menuju ke dapur.Kerusi makan ditarik lalu dia menghempaskan punggung di atas kerusi besi tersebut.Puan Sofiya merenungnya.Kemudian,Sopiq pun muncul.Semakin kuat kebenciannya pada abang sulungnya itu,Sofie Iqbal ataupun lebih mesra dengan panggilan Sopiq apabila jejaka berumur 20 tahun itu menyakatnya lagi.Kali ini rambutnya pula ditarik-tarik.
“Sopiq!Janganlah kacau saya!”
Hahahaha!Tergelak besar Sopiq melihat adiknya itu.Umairah merengus kasar.Puan Sofiya menggeleng kepala melihat kerenah anak-anaknya itu.
“Ugh!Balik,balik,kacau orang!”
Suis televisyen jenama Panasonic itu ditekan.Terlihatlah cerita kartun Tom And Jerry di siaran TV3.Hari ini hari Sabtu,cuti!Getus hatinya.
“Okay!Thanks my bestfriend!Sayang sayang sayang!”
Ucap Nakhaie selamba.Eiu,disgusting!Balas Amri.
“Okay,aku chow dulu!”
Nakhaie tersenyum selebar-lebarnya.Wait for my love,Umairah!
