This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Friday, March 18, 2011

PROFESSOR L.R.N II

“Umairah!”

Dia bingkas bangun dari sofa itu.Niat mahu tidur sebentar,tapi..dah dua jam!

“Ya,mama!Kejap”
Langkah dihayun laju menuju ke dapur rumah.Kelihatan ibunya,Puan Sofiya sedang bercekak pinggang.Ternyata dia memang seorang ibu yang garang!

“Maafkan Umairah,mama..Umairah tertidur!”

Puan Sofiya merangkul tubuh kecil itu.Kurus sungguh anak perempuanku ini,getus hatinya.

“Tak mengapa,ibu nak tanya..Umairah kenal tak budak lelaki di sekolah Umairah yang bernama Lutfir Rahman Nakhaie?”

Dia berfikir.Lutfir Rahman Nakhaie.Macam pernah dengar nama itu.

‘Itu Nakhaie!Pelajar paling kacak di sekolah!’

Laju sahaja kepalanya mengangguk.

“Kenal!Ramai orang minat dia!”

Jujur anak gadis itu.Puan Sofiya tersenyum.Jiran-jirannya asyik bercerita tentang pelajar lelaki itu.Ingin juga dia selidik siapa Lutfir Rahman Nakhaie yang dikatakan begitu istimewa itu.

“Mak Bedah,Mak Ikin dan geng-geng mereka selalu cerita fasal budak tu…mereka kata budak tu istimewa sangat..”

Umairah tergelak sendirian.Istimewa?!Istimewa sangat?!Haha,yelah tu.Nakhaie memang diminati ramai.Tapi,takkan sebab itu dia ‘istimewa’.Agaknya mak cik-mak cik tu minat Nakhaie juga rasanya,teka Umairah.

“Tak istimewa pun..”

Katanya ringkas lalu pergi membawa tubuhnya yang kecil itu ke bilik.Puan Sofiya hanya mengekorinya dengan mata.Kemudian,dia kembali memasak.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

No comments:

Post a Comment