Hari pertama dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa,dia sudah ada ramai peminat.Dengan kekacakkan wajah yang dimiliki,sudah pasti ada yang berkenan.Bukan sahaja pelajar sebaya dengannya,malah ‘senior-senior’ di sekolah itu pun ada hati dengannya.Tapi,dia tidak melayan gadis-gadis itu.Dia hanya fokus kepada pelajaran.Hatinya tidak boleh menerima mana-mana gadis lagi.
“Nakhaie!”
Dia berpaling.Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang tersengih di belakangnya sambil memegang sepucuk surat.Sampul surat itu berwarna merah jambu dan terdapat beberapa bentuk hati padanya.Seperti……surat cinta,getus hati Nakhaie.
“Em,ya”
Kalau boleh dia tidak mahu melayan semua itu.Tapi,kasihan pula.Pelajar perempuan itu perlahan-lahan mendekatinya.Nakhaie semakin tidak selesa.Aku sepak terajang juga budak ni,ucap hatinya.Dia tidak suka mana-mana perempuan mendekatinya melainkan sanak-saudaranya.
“Ini untuk awak!”
Pelajar perempuan itu melangkah pergi.Surat itu dibiarkan digenggam Nakhaie dengan erat sekali.Mahu sahaja dia membuangnya,tapi sebelum itu mari kita lihat isinya!
‘Nakhaieku sayang,sudah lama saya perhatikan awak..Untuk pengetahuan awak,saya darjah 5,samalah dengan awak!Saya pelajar baru di sini..tolong balas,ya!Yang benar,Nur Sofiya..’
Nakhaie tergelak.Dia sudah lali dengan surat-surat cinta.Selepas membaca,dia akan mencari tong sampah yang terdekat,mengonyokkan surat itu lalu membuangnya.Bukannya mahu bertindak kejam atau sombong,tapi,tak sukalah cinta-cinta!

No comments:
Post a Comment