This is a WARNING! Do not click this link,or something will happen!BEWARE!

PROFESSOR L.R.N

PROFESSOR L.R.N
Lutfir Rahman Nakhaie,nama yang sering meniti di bibir-bibir gadis,mak cik-mak cik juga nenek-nenek.Semuanya kerana ketampanan yang dimiliknya.Hatinya tidak pernah mengenali erti cinta malah dia tidak pernah jatuh cinta kepada sesiapa pun.Sehinggalah Umairah Mansyudah muncul dalam hidupnya.

Tuesday, June 7, 2011

PROFESSOR L.R.N XIII

Dia hanya meneruskan pemanduannya.Sudah lewat malam.Solat Asar,Maghrib dan Isyak disempurnakan di rumah Encik Zawi.Biarpun segan,tapi,demi cinta terhadap ALLAH S.W.T,tumpang sahaja!Bukan dua beradik itu sahaja yang menumpang solat di rumah agam itu,tetamu yang lain juga turut menumpang.Encik Zawi sekeluarga juga turut mendapat kebaikkan.Mereka semua boleh mendapat pahala solat berjemaah bersama-sama.

“Nakhaie tu kawan Umairah ya?”

Soalannya mengejutkan Umairah yang hampir terlelap itu.

“A’ah..”

Seperti biasa,jawapannya sentiasa ringkas dalam hal yang tidak beberapa NAK penting baginya.

“Oo..”

Sopiq mengangguk.Adiknya itu kelihatan letih.Manalah tidak,buas sangat tadi.Orang suruh duduk diam-diam,dia pergi main PS2 dengan jiran sebelah Nakhaie tu.Orang suruh minum segelas air oren JE,dia pergi teguk satu baldi.Macam-macamlah.

‘Umairah…Umairah……kamu dah 25 tahun,dah besar panjang..kamu tak punya pilihan hati lagi ke??Hurmm..’

Kesian Sopiq.Dahulukan adiknya daripada diri sendiri.Setelah ibu bapa mereka bercerai,dialah yang banyak uruskan Umairah.Ayahnya sudah menghilangkan diri,sampai sekarang tak dengar berita tentangnya.Beliau hanya menyerahkan syarikat produk kecantikkan di tengah-tengah ibu kota itu kepada Umairah,Sopiq pula tidak diberi apa-apa.Ibunya pula berada di Australia,mungkin ingin menenangkan diri.Dengar khabar,ibunya itu sudah bernikah dengan mat salleh sebelah kepada sebelah rumah jiran dia.

‘Hurmm,aku pun dah mampu tanggung Umairah,tak mengapalah..”

Hatinya mula bersuara.Kelihatan Umairah sudah selamat tiba di alam mimpi.Entah indah atau ngeri,hehe.

Like it?Thank you! Hate it?Ugh,I don't care!

No comments:

Post a Comment