It’s weekend!
Satu bekas aiskrim Vanilla itu di ‘konker’ oleh anak gadis itu seorang.Televisyen LCD berjenama Panasonic itu ditontonya puas-puas.Mentang-mentanglah peminat Korea no.1,dari awal pagi sampai jam berapa entah dia asyik tengok drama Korea sahaja.Selesai drama di dalam TV,CD pula dia pergi pasang.
“Hahahah!Lawaklah Jeremy ni!”
Sopiq tak ada,bebaslah Si Umairah ni.Tapi kan,bosan juga kalau mamat tu tak ada,tak boleh bergurau senda,dan kalau Sopiq ada sekarang ni,mesti dia dah join Umairah tonton drama He’s Beautiful ni.Mereka dua beradik ni memang peminat setia Korea dan fanatik dengan Jang Geun Suk,lebih-lebih lagi kalau artis lelaki Korea ini digandingkan dengan Park Shin Hye,fuhhh!Memang KEBABOOM!
Tapi,mana Sopiq?
“Macam mana?”
Sopiq menongkat dagu.Agak-agaknya Umairah setuju tak kalau aku kahwinkan dia dengan mamat ni?
“Hermm.,Nampak gayanya Umairah masih lagi bujang,tak ada pasangan…lagipun dia memang susah soal lelaki ni…”
Jejaka di hadapannya tersenyum gembira.Sopiq pula terdiam seketika.
“Okaylah,brow,petang ni InsyaALLAH aku pergi jenguk puteri idaman tu,hehe..”
Senyuman yang terbit sebentar tadi kelihatan tidak beberapa menyenangkan.Oh,Sofie Iqbal,confirm Umairah mengamuk nanti!
“Petang ni,mak eh…kita masuk meminang Umairah petang ni ya!”
Pinta Nakhaie.Puan Maznah dipeluknya dari belakang.
“Baiklah,cuba bertenang..haha,tak sabarnya!”
Mukanya ditekup dengan kedua-dua tapak tangan yang putih melepak itu.Merah mukanya menahan malu.
TIK,TOK,TIK,TOK,TIK,TOK
Kroooooh!Kroooooh!
Umairah sudah pun terlena di hadapan LCD kesayangannya itu.Terkejut Sopiq melihat kelakuan adiknya itu.Digeleng kepalanya berkali-kali.Haha,ada juga gelakkan mengiring langkahnya.Didukungnya Umairah Mansyudah itu dan gadis itu ditidurkan di dalam bilik merah jambunya itu. Hah,jam dinding itu dilihat.Sudah jam 3.30 petang.
‘Nanti Asyiq nak datang..kena masak ni….hurmm,Umairah dah lah tengah tidur!Adoii!’
Ruang dapur itu diserbunya.Berperanglah dia di dalam dapur itu.

No comments:
Post a Comment